Sejak kebelakangan ini pembangunan aplikasi atau sistem web berasaskan PHP menjadi semakin popular dalam kalangan programmer PHP. Hal ini kerana PHP merupakan skrip bahasa pelayan yang percuma, mudah di untuk dibangunkan, fleksibel, memiliki library yang besar dan juga mempunyai pelbagai framework atau CMS yang dibina diatasnya. Kelebihannya yang pelbagai ini mendapat sokongan besar daripada komuniti pembangun PHP dengan menyediakan extension dan plugin yang mempunyai fungsi yang tersendiri bagi memudahkan dan mempercepatkan proses pembangunan sesuatu sistem berasaskan PHP.

Untuk melancarkan laman web atau sistem berasaskan PHP, perisian asas seperti web server, database dan PHP diperlukan bagi membolehkan laman web dibangunkan secara dinamik. Kebiasaannya web server yang digunakan adalah Apache manakala untuk teknologi database pula, MySQL atau MariaDB digunakan bagi menyimpan maklumat database. Database pula diuruskan oleh perisisan pengurusan database seperti phpMyAdmin. Untuk memasang keempat-empat perisiaan ini iaitu Apache, MySQL, PHP dan juga phpMyAdmin, anda memerlukan kepakaran dalam memberikan arahan pemasangan kepada server terutama server yang berasaskan linux.

Bagi memudahkan proses pemasangan perisian-perisian ini, beberapa team & syarikat pembangunan persekitaran berasaskan PHP telah membangunkan sebuah perisian yang memudahkan pemasangan keempat-empat perisian tersebut dengan hanya satu klik pemasangan. Dalam erti kata lain anda hanya perlu muat turun dan install satu perisian yang akan memasang empat perisian tadi secara automatik ke dalam server anda. Berita baiknya, terdapat beberapa perisian persekitaran pembangunan  PHP telah dibangunkan untuk komputer berasaskan Windows. Dengan adanya perisian seperti ini, pengguna windows boleh menjadikan komputer mereka sebagai web server dan membangunkan laman web atau sistem mereka yang berasaskan PHP diatas platform sistem pengoperasian Windows.

Berikut adalah 3 perisian yang menyediakan persekitaran pembangunan PHP yang turut menyokong HTML dan popular dalam kalangan programmer :

1. WAMP

WAMP merupakan sebuah perisian percuma yang menyediakan persekitaran pembangunan berasaskan PHP. Perkataan WAMP itu sendiri menejelaskan bahawa perisian ini dicipta untuk pengguna Windows (W – Windows,  A – Apache, M – MySQL, P – PHP). Perisian ini dibangunkan oleh Romain Bourdon dan diselenggara oleh HervĂ© Leclerc . Setiap kali anda memasang perisian ini, anda akan dibekalkan dengan aplikasi wajib seperti Apache, MySQL, PHP dan phpMyAdmin bagi membolehkan anda mula membina sistem diatasnya. WAMP membolehkan anda memilih antara dua jenis pemasangan berdasarkan system architecture anda samada 64 bit atau 32 bit. Versi WAMP terkini pada ketika ini iaitu WAMP Server 3.0.6 menyokong aplikasi Apache 2.4.23 , PHP 5.6.25/7.0.10, MySQL 5.7.14, PhpMyAdmin 4.6.4 , Adminer 4.2.5 dan PhpSysInfo 3.2.5.

Fungsinya yang pelbagai dan antaramukanya yang ringkas memudahkan programmer melancar dan menguruskan sistem yang dihasilkan. WAMP juga menyokong fungsi VirtualHost dimana pembangun laman web boleh membangunkan lebih dari satu laman web diatas web server yang sama tetapi menggunakan domain yang berbeza. Pengguna tidak perlu untuk mengubah koding didalam direktori pemasangan untuk menggunaknan fungsi virtualhost, akan tetapi pengguna hanya perlu klik pada fungsi virtualhost yang dipaparkan di dashboard WAMP dan masukkan maklumat yang diperlukan.

Selain daripada WAMP, terdapat juga perisisan yang lain seperti WAMP tapi dibina untuk menyokong platform lain seperti LAMP untuk platform Linux manakala MAMP untuk pengguna platform Mac OS. Secara ringkasnya, WAMP sangat mudah dikendalikan dan juga mesra pengguna. Anda boleh muat turun perisian  WAMP daripada laman web pembangunnya disini.

2. XAMPP

XAMPP merupakan sebuah perisian percuma yang menyediakan persekitaran pembangunan berasaskan PHP. Perisian ini dipelopori oleh Kai ‘Oswald’ Seidler dan juga Kay Vogelgesang yang juga merupakan co-founder Apache Friends Project. Agak sedikit berbeza berbanding WAMP, XAMPP menggunakan MariaDB sebagai database untuk pembangunan  sistem. MariaDB menyediakan fungsi dan sokongan yang lebih meluas berbanding MySQl dengan menambah baik kelajuan database, penambahan extension dan juga feature yang lebih pelbagai. Perisian XAMPP menyokong hampir semua platform sistem pengoperasian termasuk Windows, Linux dan juga Mac OS. Terkini pada ketika ini, XAMPP telah mengemaskini versi perisannya iaitu XAMPP 7.1.9 yang menyokong PHP versi 7.1.9.

XAMPP mempunyai antaramuka yang sangat mudah dikendalikan. Untuk menghidupkan setiap aplikasi yang wujud dalam XAMPP, anda hanya perlu menekan butang Start pada Control Panel dan aplikasi tersebut akan dihidupkan serta merta. Fungsi ini agak berbeza dengan WAMP dimana WAMP akan menghidupkan semua aplikasi secara automatik manakala aplikasi pada XAMPP perlu dihidupkan secara manual melainkan anda mengubah seting untuk hidupkan secara automatik.

Dari sudut fungsi pula, XAMPP menawarkan fungsi yang hampir sama dengan WAMP tapi ditambah baik dengan beberapa feature yang lebih menarik seperti pemasangan CMS(Content Management System) yang lebih mudah dengan integrasi pemasangan CMS oleh Bitnami. Dengan adanya fungsi ini, anda tidak perlu setting CMS seperti WordPress dan Joomla secara manual semasa proses pemasangan, tetapi ia dimudahkan dengan teknologi installer oleh Bitnami tersebut. Anda hanya perlu klik dan ikut langkah mudah yang disediakan satu persatu sehingga selesai.

Anda boleh muat turun perisian XAMPP daripada lamanweb pembangunnya di sini.

3. AMPPS

AMPPS merupakan sebuah perisian percuma yang menyediakan persekitaran pembangunan sistem berasaskan PHP. Perisian ini dibangunkan oleh syarikat Softaculous yang bermula pada tahun 2009. Syarikat ini sangat terkenal dengan perisian mereka iaitu Softaculous yang menyediakan fungsi 1-Click Installer pada kebanyakan web hosting yang menggunakan perisian C-Panel sebagai  aplikasi pengurus laman web hosting yang popular pada masa kini. Syarikat ini diterajui oleh Pulkit Gupta yang memegang posisi CEO syarikat tersebut pada masa kini.

Perisian AMPP merupakan perisian stack yang berasaskan WAMP, LAMP dan MAMP diamana ia juga menggunakan Apache, MySQL PHP dengan penambahan Perl, Phyton dan Softaculous auto-installer. Perisian ini boleh digunakan pada dekstop mahupun server. Apa yang menarik dan menjadi perbezaan utama pada perisan AMPP ini berbanding WAMP dan XAMPP adalah integrasinya bersama perisian Softaculous.

Dengan adanya perisian Softaculous ini, pengguna tidak perlu lagi memuat turun dan memasang CMS atau PHP framework secara manual pada web server. Anda hanya perlu memilih daripada 432 senarai script CMS dan framework yang telah tersedia. Selepas anda memilih, anda hanya perlu memasukkan makumat asas sistem yang diperlukan dan memulakan pemasangan dengan hanya satu klik. Softaculous juga mempunyai fungsi backup dan restore sistem yang sangat diperlukan pada masa kini.

Anda boleh memuat turun perisian ini daripada laman web pembangunnya di sini.

Sebarang cadangan atau pandangan, anda boleh tinggalkan di ruang komen dibawah. Terima kasih !

Tutup Menu