Sedar ataupun tidak, semakin hari teknologi berkembang dengan sangat pantas. Sepuluh tahun dahulu, hiburan untuk kanak-kanak mungkin lebih kepada televisyen atau juga beriadah di luar rumah. Mungkin disebabkan harga internet yang agak mahal pada ketika itu dan juga peranti seperti telefon bimbit tidak canggih seperti zaman sekarang, banyak perkara terhad untuk dilakukan oleh kanak-kanak. Maka aktiviti kanak-kanak lebih mudah untuk dipantau apabila mereka lebih banyak melakukan aktiviti secara fizikal.

Cabaran masa kini

Tapi kini dengan kelajuan internet yang sangat pantas, murah, dan harga telefon pintar yang murah untuk dimiliki, ia sedikit sebanyak telah memberi kesan yang negatif kepada perkembangan kanak-kanak jika tidak dikawal oleh ibu bapa dengan sebaiknya.

Pernahkah anda ambil peduli, apa yang anak anda lihat di kaca skrin komputer dalam bilik mereka ? Pernahkah anda pantau apa yang mereka tonton di telefon bimbit anda ataupun telefon yang anda hadiakan kepada mereka ketika mereka berada di dalam bilik dan berseorangan ? Pernahkah anda kira berapa jam sehari anak-anak anda berhadapan dengan komputer ataupun telefon bimbit ?

Jika dahulu anak-anak dikawal dengan menyekat daripada keluar rumah sebelum tiba waktu tertentu bagi mengelakkan mereka terlibat dengan perkara yang tidak baik, Tapi kini perkara yang tidak baikitu boleh wujud di dalam rumah anda dan ditangan anak-anak anda jika tidak dikawal dengan baik.

Pengetahuan asas IT adalah satu kemestian

Meskipun bagi sesetengah orang, teknologi ini sesuatu perkara yang sukar, mahu atau tidak mahu zaman kini setiap ibu bapa harus mengambil tahu serba sedikit berkenaan IT bagi mengawal kanak-kanak daripada terdedah dengan penggunaan komputer atau gajet yang berlebihan. Sekurangnya ibu bapa tahu apa yang anak-anak mereka lihat dan apa yang mereka buat dengan komputer atau peranti di tangan mereka.

Maka dengan adanya perisian Qustodio yang berasaskan cloud, pemantauan aktiviti kanak-kanak pada komputer dan telefon bimbit menjadi lebih mudah. Ibu bapa boleh memantau aktiviti anak-anak mereka terhadap penggunaan komputer dan telefon pintar dimana-mana dan bila-bila masa sahaja asalkan ada sambungan ke internet.

 

Bagaimana Qustodio berfungsi ?

Qustodio berfungsi sebagai perisian pemantau aktiviti pada komputer atau gajet yang didaftarkan kepadanya. Perisian ini mampu menyekat kandungan laman web yang tidak sesuai untuk kanak kanak, mengawal jumlah masa penggunaan komputer ataupun gajet dan mengawal penggunaan aplikasi dan juga permainan pada peranti yang didaftarkan.

Selain itu juga, Qustodio mampu memantau aktiviti kanak-kanak di media sosial seperti gambar atau video apa yang dibuka, apa yang dikomen dan dengan siapa dia berkawan. Qustodio juga mampu melihat log panggilan masuk dan keluar dari telefon pintar mereka dan juga mampu membaca SMS yang dihantar dan diterima. TIdak kurang juga, perisian ini membolehkan ibu bapa melihat lokasi anak-anak mereka dari semasa ke semasa dan mampu menghatar notifikasi kecemasan jika anak-anak mereka dalam keadaan merbahaya.

Apa yang lebih menarik, perisian ini menyediakan dashboard untuk pemilik akaun supaya dapat melihat dan menganalisis keseluruan penggunaan gadjet yang telah didaftarkan kepadanya. Segala aktiviti seperti laman web yang dilayari, aplikasi yang dibuka, aktiviti di laman sosial dan juga jumlah masa penggunaan akan direkod dan dapat dilihat dengan lebih terperinci. Perisian ini juga menyediakan fungsi penyekatan laman web yang tidak sesuai untuk kanak-kanak secara automatik tanpa ibu bapa perlu menyenaraikan laman web yang hendak disekat satu persatu.

Platform Sistem Pengoperasian

Qustodio menyokong hampir kesemua platform sistem pengoperasian termasuk Android, iOS, Mac, Windows dan Kindle. Perisian ini hadir dengan pelan family secara percuma namun dengan jumlah gajet yang didaftarkan terhad dan juga hanya didatangkan dengan fungsi yang asas. Namun begitu berdasarkan pengalaman saya menggunakan perisian ini, pelan asasnya sudah cukup untuk membantu ibu bapa memantau penggunaan komputer dan telefon pintar dengan baik. Jika anda mahu tingkatkan lagi keselamatan dan pemantauan untuk anak-anak, anda boleh melanggan pelan berbayar dengan penambahan fungsi yang lebih menarik.

Berbaloi atau tidak untuk melanggan plan berbayar ? JIka anda pentingkan keselamatan anak anda dan juga ingin memantau penggunaan gadjet anak anda dengan lebih intensif, saya sangat mengesyorkan anda melanggannya untuk kebaikan anak-anak anda dalam jangan masa yang panjang. Ia memang berbaloi jika hendak dibandingkan dengan kesan negatif penggunaan komputer dan telefon pintar yang tidak terkawal. Melainkan anda kawal anak-anak anda daripada menggunakan komputer ataupun gajet sehingga umur yang sesuai.

Cara mendaftar

Untuk mendaftar dan memasang perisian Qustodio, anda boleh melayari laman web Qustodio di https://www.qustodio.com. Cipta satu akaun baru dan daftarkan peranti yang anda ingin pantau.

Apa pandangan anda mengenai perisian Qustodio ini ? Tinggalkan di ruang komen dibawah. Selamat mencuba !

Tutup Menu